Ahad, 9 Ogos 2009

Profil Bulan Ogos - Lelaki Ini: Menganalisis Geo Politik Pendidikan

Mendekati Lelaki Ini:

Cikgu Salim adalah salah seorang guru di SMTSPP yang berpengalaman jauh dalam dunia pendidikan. Sebagai guru di bawah Jabatan Teknikal beliau menggunakan kaedah tersendiri dalam proses P & P dalam kelas.
Keberanian beliau dalam menyuarakan apa sahaja ketidakpuasan hati samada dalam sekolah ataupun luar sekolah menjadikan beliau seorang guru yang berpengaruh. Selain kepetahan beliau dalam komunikasi menjadikan character lebih terserlah.
Di kalangan rakan sekerja & warga SMTSPPP khususnya guru lelaki beliau boleh dilabelkan Shabby Teknik kerana kebolehan beliau menganalisis pergerakan bola sepak EPL dan lain-lain Liga di Eropah mahupun benua Afrika. Pastinya setiap pagi yang di sebelah malamnya ada perlawanan bola sepak, esoknya inilah penganalisisnya.
Tugas lain beliau sebagai Pegawai Pembangunan Sekolah menjadikan beliau lebih
versatil dan memiliki (PR) Public Relation yang baik dan mudah menerima persahabatan.
Dapatkan wawancara bersama beliau tidak lama lagi di raungan ini

Isnin, 27 Julai 2009

Profil Bulan Julai - Lelaki Ini - Merenung Masa Depan Yang Menjanjikan

Kenali lelaki ini.
Beliau adalah Cikgu Ahmad Zoon bin Ismail
Guru Teknikal yang berwibawa merangkap guru disiplin sekolah.
Semoga suatu hari kelak - inilah bakal jurulatih bola sepak yang menjanjikan masa depan. Mungkin beliau sedang merenung masa depan kancah bola sepak negeri Pulau Pinang yang terumbang-ambing.
Kejayaan beliau membawa pasukan bola sepak SMTSPPP ke peringkat akhir Kejohanan Antara Teknik KAT Peringkat Kebangsaan 2007 di SMT Bachok, Kelantan, Kelantan pasti meninggalkan nostalgia yang tersendiri yang akhirnya dinobatkan sebagai Naib Johan KAT 2007 untuk acara bola sepak. Cikgu Ahmad Zoon yang memilik perwatakan yang pendiam namun, mempunyai misi untuk membangunkan bola sepak tempatan dengan idea dan pengalaman melatih pasukan sekolah SMTSPPP.
Kembali ke Laman Utama Blog e-Pendidikan Islam